Sila klik Follow dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong Terkini di Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) - 6 Jun 2023

Adalah mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) (Rakyat Terengganu menjadi keutamaan) :-



Jawatan:


1. PEGAWAI UNIT INTEGRITI & PEMATUHAN

Taraf Jawatan: Kontrak
Gaji: RM1,800 - RM3,000


Syarat Lantikan:

Warganegara Malaysia berumur tidak kurang daripada 25 tahun.

Mempunyal ijazah dalam bidang yang berkaitan/ kelulusan professional yang setara/ pengalaman tidak kurang daripada 2 tahun terutama dalam Bidang Pentadbiran.

Mendapat kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia (sekurang-kurangnya Gred C) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf,

Keutamaan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai sahsiah diri yang baik dan pengalaman kerja yang sewajarnya.

Mempunyal kemahiran menganalisis pengurusan risiko merupakan satu kelebihan.

Calon-calon yang pernah mengikuti Kursus Certified Integrity Officer (CelO) anjuran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPAM) merupakan satu kelebihan.


Cara Memohon:

Calon yang berkelayakan dipelawa untuk mengemukakan dokumen berikut:

- resume
- sekeping gambar berukuran passport
- salinan sijil-sijil yang telah disahkan


Permohonan Hendaklah Dikemukakan ke Alamat Berikut:

Pengurus
Bahagian Perancangan Korporat
Tingkat 12. Menara PMINT
Jalan Sultan Ismail
20200 Kuala Terengganu


Tarikh Tutup Permohonan : 6 Jun 2023 (Selasa)


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Jawatan Kosong Terkini 2022 di Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT)

Follow Sosial Media Kami : Klik Sini

Sejarah/Latar Belakang

Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) telah ditubuhkan pada 1 April,1965 di bawah Enakmen Kerajaan Negeri Terengganu (Bil.3/1965). Tujuan utama penubuhan adalah untuk menjadi agensi utama negeri bagi melaksana dan mempercepatkan pembangunan dan kemajuan sosio-ekonomi di Negeri Terengganu.

Dengan pelancaran Dasar Ekonomi Baru (DEB) dalam tahun 1971, PMINT turut mendukung matlamat DEB untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. Begitu juga apabila Dasar Pembangunan Nasional 1991 - 2000 (DPN) yang bermula pada tahun 1991, PMINT juga turut melibatkan diri secara aktif dalam menjayakan dasar tersebut.

PMINT telah melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang meliputi spektrum yang sangat luas meliputi hampir ke semua sektor ekonomi. Di antaranya ialah pembangunan hartanah, perladangan, agrobiotek, akuakultur, pembuatan dan perkhidmatan. Secara keseluruhannya, aktiviti PMINT dijalankan melalui dua cara iaitu secara langsung dan melalui syarikat-syarikat anak.

Previous Post Next Post