Sila klik Follow dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong Terkini di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perak - 23 Mei 2023

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perak




Jawatan:


1. PROFESOR VK7
Pensyarah UiTM RM 7,676.00 RM 20,592.00


2. PROFESOR MADYA DM53
Pensyarah UiTM RM 6,162.00 RM 13,235.00


3. PENSYARAH KANAN DM51
Pensyarah UiTM RM 5,855.00 RM 12,445.00


4. PENSYARAH DM45
Pensyarah UiTM RM 3,070.00 RM 11,095.00


FAKULTI 
AKADEMI PENGAJIAN BAHASA

BIDANG PENGAJARAN
BAHASA INGGERIS


Syarat Lantikan:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan


Kelayakan Lantikan Ke Gred DM45

(c) (i) Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
Gaji permulaan ialah pada Gred DM45: RM3,070.00); atau

(ii) Ijazah Sarjana Muda Seni Bina atau Diploma Lanjutan dalam bidang berkenaan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar penuh dengan Lembaga Arkitek Malaysia.
Gaji permulaan ialah pada Gred DM45: RM3,070.00); atau

(iii) Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DM45: RM3,380.37)


Kelayakan Lantikan Ke Gred DM51

(d) (i) Mempunyai kelayakan seperti di perenggan 1(c);

 dan (ii) Membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang istimewa mutunya; dan

(iii) Mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang yang berkenaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DM51 : RM5,855.00)


Kelayakan Lantikan Ke Gred DM53 (Profesor Madya)

(e) (i) Mempunyai kelayakan seperti di perenggan 1(c);

dan (ii) Membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang sangat istimewa mutunya; dan

(iii) Mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang yang berkenaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DM53 : RM6,162.00)


Kelayakan Lantikan Ke Gred Khas C (Profesor VK7)

(f) (i) Mempunyai kelayakan seperti di perenggan 1(c);

dan (ii) Membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang terkemuka mutunya; dan

(iii) Mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang yang berkenaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred VK7 : RM7,676.00)


Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Keutamaan diberikan kepada calon yang memiliki kelayakan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D)


Tarikh Tutup Permohonan : 23 Mei 2023 (Selasa)


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Jawatan Kosong Terkini 2022 di Universiti Teknologi Mara UiTM Perak mehkerja

Follow Sosial Media Kami : Klik Sini

Profil

Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak komited dalam segala usaha yang membawa kepada kecemerlangan aspirasi UiTM untuk menjadi sebuah pusat pengajian tinggi bertaraf dunia serta menjadi universiti terbaik. Tunjang kekuatan Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak dijana menerusi pengetahuan dan kompetensi sumber manusia dalam menyediakan dan mengendalikan pengajaran dan pembelajaran, menjalankan penyelidikan dan perundingan, penulisan dan penerbitan ilmiah, jaringan industri serta melaksanakan program khidmat masyarakat.

Dalam usaha menjadi sebuah pusat pengembangan ilmu ternama di Malaysia dan peringkat global, UiTM Cawangan Perak mengamalkan budaya organisasi yang berlandaskan visi, misi, objektif kualiti piagam pelanggan serta turut menerapkan nilai PERAK.




Previous Post Next Post