Syarat Kelayakan:
1. Warganegara Malaysia;
2. Lelaki dan Belum Berkahwin (Bujang);
3. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
4. Memiliki Kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
5. Memiliki pengetahuan asas dalam mengendalikan Adobe Photoshop dan Adobe lllustrator,
6. Mempunyai lesen memandu Kelas D/E/E1/E2 yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)];
7. Keutamaan kepada calon yang tinggal di kawasan berdekatan Bandar Shah Alam, Selangor; dan
8. Berperwatakan ceria, suka membantu dan berminat menyertai program luar Jabatan.
Maklumat mengenai Gaji dan Tugas-Tugas Jawatan di atas boleh diperolehi melalui pautan
http://www.spa.gov.my/spa/laman-utama/gaji-syarat-lantikan-deskripsi-tugas/spm-svm-skm-sijil/pembantu-tadbir-perkeranian-operasi-gred-n19
Cara Memohon:
1. Kemukakan resume beserta gambar terkini berukuran pasport, salinan kad pengenalan, salinan sijil serta dokumen-dokumen sokongan yang telah disahkan ke alamat berikut :-
PEJABAT PEMBANGUNAN WANITA NEGERI SELANGOR
ARAS 7, PLAZA PERANGSANG, PERSIARAN PERBANDARAN
40000 SHAH ALAM, SELANGOR
(U/P : Puan Era Niza Binti Abdul Khalid)
2. Hanya calon yang yang layak selepas proses tapisan sahaja akan dipanggil untuk sesi temuduga.
3. Calon yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh tutup permohonan adalah dianggap tidak berjaya.
Pertanyaan:
Sebarang pertanyaan berhubung iklan ini boleh diajukan kepada pegawai Puan Kharyati Binti Mohd Kushari atau Puan Era Niza Binti Abdul Khalid di talian 03-55118891 pada waktu pejabat.
0 Comments