HTML5 Sila Follow dan Klik button [X] untuk tutup Button Close

Jawatan Kosong Terkini di Universiti Teknologi MARA Johor - 27 Jun 2023

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA Cawangan Johor dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang berkaitanuntuk mengisi kekosongan jawatan Akademik dan Bukan Akademik secara Tetap/Kontrak di Universiti Teknologi Mara Cawangan Johor, Kampus Segamat dan Kampus Pasir Gudang, Johor.




Jawatan Akademik:


1. PROFESOR VK7
Gaji Minimum RM 7,676.00 - Gaji Maksimum RM 20,592.00


2. PROFESOR MADYA DM53
Gaji Minimum RM 6,162.00 - Gaji Maksimum RM 13,235.00


3. PENSYARAH KANAN DM51
Gaji Minimum RM 5,855.00 - Gaji Maksimum RM 12,445.00


4. PENSYARAH DM45
Gaji Minimum RM 3,070.00 - Gaji Maksimum RM 11,095.00


Fakulti / Kolej Pengajian:
1. Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Media

Bidang Pengajaran:
1. Sains Komputer



Jawatan Pentadbiran:


1. PENGAWAL KESELAMATAN KP11
Gaji Minimum RM 1,205.00 - Gaji Maksimum RM 2,939.00


2. PEMANDU H11
Gaji Minimum RM 1,218.00 - Gaji Maksimum RM 2,939.00 



Tarikh Tutup Permohonan : 27 Jun 2023 (Selasa).


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Jawatan Kosong Terkini 2022 di Universiti Teknologi MARA Johor

Follow Sosial Media Kami : Klik Sini

Sejarah UiTM Johor

Bukan sedikit sumbanganmu. UiTM Johor melakar sejarah di negeri Johor Darul Ta’zim ini pada tahun 1983. Kampus pertamanya di Bukit Siput telah dirasmikan pembukaannya oleh Dato’ Abd. Ajib bin Ahmad, Menteri Besar Johor pada ketika itu. Atas keperluan yang kian berganda, lokasi UiTM Johor kini berpindah ke bangunan yang lebih besar dan selesa iaitu di Segamat Baru pada tahun 1985. Pada tahun 1990, UiTM Johor telah tersergam indah di KM12, Jalan Muar-Segamat di atas tanah kurniaan pemerintah negeri.

Di sini, UiTM Johor telah berkembang pesat dengan memenuhi tanggungjawab sebagai kampus UiTM Negeri. Kampus Segamat ini menempatkan empat (4) buah fakulti iaitu Fakulti Perakaunan, Fakulti Pengurusan Perniagaan, Fakulti Pengurusan Maklumat dan Fakulti Sains Komputer & Matematik. UiTM Johor juga mempunyai sebuah kampus kota yang terletak di Bandaraya Johor Bharu. UiTM Johor kini dilengkapi dengan pelbagai infrastruktur pengajaran & pembelajaran serta kemudahan riadah dan rekreasi yang menjadikannya sebagai sebuah institusi pengajian tinggi yang disegani. Yang pasti, UiTM Johor akan berterusan menempa nama gemilang sebagai bukti keluhuran budi dan kemurnian jati diri anak bangsa dan pertiwi.




Previous Post Next Post