HTML5 Sila Follow dan Klik button [X] untuk tutup Button Close

Jawatan Kosong Terkini di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) - 6 Oktober 2023

Kami memerlukan individu yang dinamik, inovatif dan bercita-cita tinggi untuk bersama-sama menerokai teknologi baru disamping merealisasikan perubahan KUIS melalui Pelan Strategik KUIS. Selaras dengan hasrat tersebut calon-calon yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memenuhi jawatan berikut:-



Jawatan:


1. JURUTEKNIK AWAM (GRED J17)


Syarat Lantikan:


Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-


1. Warganegara Malaysia;


2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan


3. Mempunyai sekurang-kurangnya sijil seperti berikut:


i. Sijil Pelajaran Malaysia atau yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia; atau


ii. Sijil dalam bidang Kejuruteraan Awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.


4. Kepujian Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) pada Peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia; dan


5. Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya (1) tahun dalam bidang berkaitan; dan


6. Berkebolehan dalam mengawasi dan menyelia kerja-kerja pembinaan/pembaikan di tapak bina, menyediakan Bill of Quantity teknikal bagi kerja-kerja penyelenggaraan bangunan dan jalan termasuk menyelia kerja-kerja penyelenggaraan berkenaan dan berkebolehan melakukan kerja pembaikan asas.


Tarikh tutup permohonan : 06hb Oktober 2023 (Jumaat)


* Sila baca arahan lengkap iklan kekosongan jawatan ini melalui link yang admin sediakan di bawah.


Jawatan Kosong Terkini 2023 di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor KUIS MEHkerja-2023

Follow Sosial Media Kami : Klik Sini

Pengenalan KUIS

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Islam milik penuh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang ditubuhkan di bawah akta IPTS 1996. Penubuhannya secara rasmi pada 15 Februari 1995 membuktikan komitmen kerajaan negeri Selangor dalam membangunkan agenda pendidikan dan kecemerlangan ilmu. Sebagai sebuah legasi pendidikan DYMM Sultan Selangor yang sentiasa dipelihara dan disantuni menjadi pemangkin tradisi ilmu dan penyatuan umat Islam di negeri Selangor, KUIS  berusaha melahirkan Da’i, Ulama dan Umara.





Previous Post Next Post