Permohonan adalah dipelawa dari Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun untuk mengisi kekosongan jawatan di Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) seperti berikut:
Jawatan:
1. PENJAGA JENTERA ELEKTRIK J19
(a) terdiri daripada warganegara;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta sekurang-kurangnya Sijil Kekompetenan Kategori A0 (Sistem Voltan Rendah) yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
Gaji permulaan di gred J19 ditetapkan mengikut Kategori Sijil Kekompetenan :
•A0/A1 : RM1,435.12
•A4-2/A4-1/A4 : RM1,493.24
•B0-2/BO-1/B0/B1/B4 : RM1,551.36
dan (d) Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Tarikh tutup permohonan : 08 Oktober 2023
*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah
MPOB adalah agensi kerajaan yang terulung diamanahkan untuk berkhidmat kepada industri kelapa sawit negara. Peranan utamanya adalah untuk menggalakkan dan membangunkan matlamat, dasar dan keutamaan negara bagi kesejahteraan industri kelapa sawit Malaysia.
Ia telah ditubuhkan oleh Akta Parlimen (Akta 582) dan ditubuhkan pada 1 Mei 2000, mengambil alih, melalui penggabungan, fungsi Institut Penyelidikan Minyak Kelapa Sawit Malaysia (PORIM) dan Lembaga Pendaftaran dan Pelesenan Minyak Kelapa Sawit (PORLA). Setiap organisasi ini masing telah terlibat dalam industri kelapa sawit selama lebih dari 20 tahun dan ia adalah untuk memberi perkhidmatan yang lebih berkesan dan juga untuk memberi tumpuan negara dan antarabangsa yang lebih besar kepada industri yang MPOB telah dimulakan.