Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong terkini di Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC)
Jawatan:
1. RESEARCH ASSISTANT
BUSINESS & ECONOMICS DIVISION
2. RESEARCH ASSISTANT
STRATEGIC PLANNING & INTERNATIONAL AFFAIRS DIVISION
*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah
Follow Sosial Media Kami : Klik Sini
Akta MyCC
Suruhanjaya Persaingan Malaysia (Suruhanjaya Persaingan) ialah satu badan bebas yang ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Persaingan 2010 untuk menguatkuasakan Akta Persaingan 2010. Peranan utamanya ialah untuk melindungi proses persaingan bagi kepentingan perniagaan, pengguna dan ekonomi.
Akta Suruhanjaya Persaingan 2010 memberi kuasa kepada Suruhanjaya Persaingan Malaysia (Suruhanjaya Persaingan) untuk menjalankan fungsi-fungsi seperti melaksana dan menguatkuasa peruntukan-peruntukan di bawah Akta Persaingan 2010, mengeluarkan garis panduan berhubung pelaksanaan dan penguatkuasaan undang-undang persaingan, bertindak sebagai penyokong untuk hal-hal berkaitan persaingan; menjalankan kajian am berhubung isu-isu yang berkaitan dengan persaingan dalam ekonomi Malaysia atau sektor-sektor ekonomi tertentu di Malaysia; memaklum dan mendidik orang awam berkenaan cara-cara yang mana persaingan boleh memberi faedah kepada pengguna dan juga ekonomi Malaysia.