HTML5 Sila Follow dan Klik button [X] untuk tutup Button Close

Jawatan Kosong Terkini di Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) - 18 Oktober 2023

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) seperti berikut :-



Jawatan:


1. GURU TABIKA PERPADUAN GRED S29
7 Kekosongan


2. PENOLONG GURU TABIKA PERPADUAN GRED N11
6 Kekosongan


Cara Memohon:

Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan yang dilampirkan bersama iklan ini (link muatturun borang ada disediakan di bawah). Salinan Sijil atau lain-lain dokumen yang telah disahkan oleh (Pegawai Kerajaan Gred 41 ke atas atau Pengetua Sekolah, Ketua Kampung, Pesuruhjaya Sumpah) seperti di bawah hendaklah disertakan bersama-sama borang permohonan:

a) Kad Pengenalan ;
b) Sijil Kelahiran ;
c) Sijil Berhenti Sekolah ;
d) Sijil Peperiksaan SPM atau yang setaraf dengannya;
e) Sijil Diploma beserta Transkrip : dan
f) Lesen Memandu
g) Sijil Digital Vaksinasi COVID-19


Borang permohonan yang telah lengkap diisi dan dokumen-dokumen yang telah disahkan mestilah dihantar sebelum atau pada 18 Oktober 2023 ke alamat seperti berikut:

Pengarah
Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Perak
(Kementerian Perpaduan Negara)
Aras 3, Blok C, Bangunan Persekutuan
Jalan Dato’ Seri Ahmad Said
30450 Ipoh, Perak


Panggilan Temuduga:

Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan memenuhi syarat-syarat seperti yang telah ditetapkan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga. Calon-calon yang tidak dihubungi selepas tempoh enam (6) bulan daripada tarikh tutup permohonan hendaklah dianggap tidak berjaya.

Segala perbelanjaan menghadiri temu duga adalah tanggungjawab sendiri dan Jabatan tidak akan melayan sebarang tuntutan.


Tarikh tutup permohonan : 18 Oktober 2023 (Rabu)


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Jawatan Kosong Terkini di Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional JPNIN MEHkerja-2022

Follow Sosial Media Kami : Klik Sini

Dasar Kualiti

Pihak Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional telah menggubal Dasar Kualiti Jabatan. Dasar Kualiti JPNIN adalah menjadikan JPNIN sebagai sebuah jabatan yang cemerlang, komited dan mampu memelihara, memupuk dan memperkukuhkan perpaduan dan integrasi nasional melalui aktiviti-aktiviti kemasyarakatan




Previous Post Next Post