HTML5 Sila Follow dan Klik button [X] untuk tutup Button Close

Jawatan Kosong Terkini di Parlimen Malaysia - 20 Oktober 2023

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Parlimen Malaysia



Jawatan:


1. PENOLONG JURUTERA GRED JA29 (ELEKTRIK)


1.1 Jawatan/ Gred : Penolong Jurutera Gred JA29 (Elektrik)
1.2 Kementerian/ Jabatan : Parlimen Malaysia
1.3 Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
1.4 Taraf Jawatan : Kontrak
1.5 Bilangan Kekosongan : 1

Gred dan Jadual Gaji : RM1,549.00 – RM5,701.00 (Gred JA29)


Syarat Kelayakan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

3.1 Warganegara Malaysia;

3.2 Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 35 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

3.3 Memiliki Sijil dalam bidang kejuruteraan (elektrik) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

3.4 Memiliki Diploma dalam bidang kejuruteraan (elektrik) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;

3.5 Mendapat kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; 

3.6 Hanya calon yang telah memperoleh Sijil/ Diploma dalam bidang Kejuruteraan Elektrik yang diiktiraf dan disahkan oleh senat/ jawatankuasa berkaitan pada atau sebelum tarikh tutup iklan permohonan jawatan ini layak memohon selaras dengan syarat skim perkhidmatan; dan

3.7 Telah lengkap divaksin.


Tarikh tutup permohonan : 20 Oktober 2023 (Jumaat)


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Jawatan Kosong Terkini 2022 di Parlimen Malaysia

Follow Sosial Media Kami : Klik Sini

Sejarah

Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Perlembagaan Persekutuan telah digubal dengan mengadakan syarat-syarat sedemikian untuk membolehkan pelaksanaan sistem ini. Salah satu kriteria sistem Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam pemerintahan iaitu Perundangan, Kehakiman dan Eksekutif (Pentadbiran). Malaysia juga merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi berasaskan kepada sistem Persekutuan. Berdasarkan kepada peruntukan ini Negeri-negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak , Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah telah bersetuju dengan konsep penubuhan Negara Malaysia




Previous Post Next Post