HTML5 Sila Follow dan Klik button [X] untuk tutup Button Close

Jawatan Kosong Terkini di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor - 15 Oktober 2023

Permohonan adalah dipelawa daripada Rakyat Negeri Johor Darul Ta’zim atau Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon jawatan seperti berikut:-



Jawatan :


1. PENOLONG JURUAUDIT W29


Jadual Gaji:
Gaji Minimum : RM1,498.00
Gaji Maksimum : RM5,678.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM145.00


Elaun:
Imbuhan Tetap Perkhidmatan Awam RM160.00
Imbuhan Tetap Perumahan RM300.00
Imbuhan Tetap Sara Hidup RM350.00


Syarat Lantikan:


Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

a) Warganegara Malaysia ;

i) Sijil dalam bidang pengajian perniagaan atau penyimpan kira-kira yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred W29 : RM1,510.92)

ATAU

ii) Certified Accounting Technician (CAT) yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan pada Gred W29 : RM1,510.92)

ATAU

iii) Diploma dalam bidang pengajian perniagaan, kewangan, perbankan atau perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred W29 : RM1,776,08)

ATAU

iv) Licentiate of the Chartered Institute of Secretaries and Administrators of United Kingdom dalam bidang pentadbiran kewangan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan pada Gred W29 : RM2,001.68)


Deskripsi Tugas:

Bertanggungjawab melaksanakan pengauditan berdasarkan Rancangan Audit Tahunan yang diluluskan terhadap Pihak Berkuasa Tempatan dan Badan Berkanun Negeri :-

i) Audit Pengurusan
ii) Audit Pengurusan Kewangan (AI)
iii) Audit Prestasi
iv) Pemeriksaan Mengejut
v) Audit Pengurusan Perolehan
vi) Audit Pengurusan Aset dan Inventori
vii) Pemantauan
viii) Susulan Laporan Audit
ix) Pemeriksaan Baki Awal Aset
x) Laporan Khas


Tarikh Tutup Permohonan : 15 Oktober 2023 (Ahad)


*Sila rujuk maklumat iklan sebelum memohon melalui link yang disediakan di bawah.


Jawatan Kosong Terkini di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor

Follow Sosial Media Kami : Klik Sini

Info Kerajaan Johor

Kerajaan Negeri Johor merujuk kepada pihak berkuasa kerajaan negeri Johor. Kerajaan negeri mematuhi dan diwujudkan oleh kedua-dua Perlembagaan Persekutuan Malaysia, undang-undang tertinggi Malaysia, dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor, undang-undang tertinggi di Johor. Kerajaan Johor berpusat di pusat pentadbiran negeri, Kota Iskandar, Iskandar Puteri.[2]

Kerajaan negeri terdiri daripada hanya dua cawangan - eksekutif dan perundangan. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor membentuk cawangan eksekutif, manakala Dewan Negeri Johor adalah badan perundangan kerajaan negeri. Ketua kerajaan Johor ialah Menteri Besar. Kerajaan negeri tidak mempunyai cawangan kehakiman, memandangkan sistem kehakiman Malaysia ialah sistem federalis yang beroperasi seragam di seluruh negara.



Previous Post Next Post