Jawatan Kosong Terkini di Majlis Bandaraya Pulau Pinang - 10 November 2023

Permohonan dipelawa daripada warganegara Malaysia, yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi jawatan-jawatan di Majlis Bandaraya Pulau Pinang seperti berikut:-



Jawatan:


1. AKAUNTAN GRED WA41 - 1 Kekosongan


2. PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN GRED U41/U42 - 1 Kekosongan


3. PENOLONG JURUAUDIT GRED W29 - 2 Kekosongan


4. PEMBANTU PENGUAT KUASA GRED KP19 - 1 Kekosongan


5. PEMBANTU KESIHATAN AWAM GRED U19 - 2 Kekosongan


6. PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT GRED N19 - 3 Kekosongan


7. JURUAUDIO VISUAL GRED N19 - 1 Kekosongan


8. PENGAWAL KESELAMATAN GRED KP11 - 1 Kekosongan


9. PEMBANTU OPERASI GRED N11 - 2 Kekosongan


Tarikh Tutup Permohonan : 10 November 2023 (Jumaat)


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah

Jawatan Kosong Terkini 2022 di Majlis Bandaraya Pulau Pinang

Follow Sosial Media Kami : Klik Sini

Latar Belakang

Pulau Pinang adalah sebuah daripada tiga belas negeri di Malaysia yang terletak di sebelah utara Semenanjung. Kerajaan Tempatan merupakan peringkat ketiga di dalam struktur pentadbiran Kerajaan Malaysia. Kerajaan Tempatan wujud di Pulau Pinang sejak tahun 1856. Majlis Perbandaran Pulau Pinang telah ditubuhkan pada 15 Disember 1976 di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Pihak Berkuasa Negeri Pulau Pinang telah bersetuju pada 25 Jun 2010 agar Majlis Perbandaran Pulau Pinang dinaik taraf kepada Majlis Bandaraya Pulau Pinang berdasarkan peruntukan di bawah Seksyen 4(2) Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). Seterusnya, Majlis Perbandaran Pulau Pinang dinaik taraf kepada Majlis Bandaraya Pulau Pinang pada 1 Januari 2015. Majlis Bandaraya Pulau Pinang mentadbir kawasan seluas lebih kurang 305.77 kilometer persegi dengan bilangan penduduk berbilang kaum seramai lebih kurang 722,300 orang. Majlis merupakan sebuah organisasi yang menyediakan perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan untuk Pulau Pinang (Pulau). Aktiviti dan operasi Majlis mempengaruhi mutu hidup harian orang ramai secara langsung.




Previous Post Next Post