1. PEGAWAI PENYELIDIK GRED Q41
Jadual Upah:
Gaji Minimum : RM2,315.00
Gaji Maksimum : RM9,618.00
Kenaikan Tahunan (KGT) : RM225.00
Syarat Lantikan:
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c) (i) ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang sains yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred Q41: RM2,315.00); atau
(ii) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred Q41: RM2,522.44); atau
(iii) ijazah sarjana dalam bidang sains atau kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred Q41: RM2,833.78); atau
(iv) ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang sains atau kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred Q41: RM3,145.11).
Ringkasan Tugas:
Menjalankan kerja-kerja penyelidikan, pembangunan (R&D) dan memberikan khidmat nasihat kepakaran serta menyebar maklumat-maklumat dalam bidang berkaitan keselamatan jalan raya.
0 Comments