Sila klik Follow dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong Terkini di Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara - 22 Disember 2023

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon jawatan kosong di Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara seperti berikut:



Jawatan:


1. PEREKA GRED B31


2. JURUFOTOGRAFI GRED B19


Tarikh tutup permohonan : 22 Disember 2023 (Jumaat)


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah



Jawatan Kosong Terkini 2023 di Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara

Follow Sosial Media Kami : Klik Sini

Sejarah

Sejarah Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN) adalah rentetan penubuhan Balai Seni Lukis Negara (BSLN) bermula bilamana idea penubuhannya mula dikemukakan sejak tahun 1954 hingga 1956 oleh Majlis Kesenian Persekutuan (Malaya Arts Council) yang ditunjangi oleh Mubin Sheppard (kini Tan Sri) dan Frank Sullivan. Sebagaimana Laporan Tahunan BSLN 1974 – 1975 dan Laporan Tahunan Muzium Seni Negara 1979, Lembaga Amanah BSLN dibentuk pada 3 Jun 1958. Pada 27 Ogos 1958, sebuah bangunan dua tingkat yang terletak di No. 109, Jalan Ampang, Kuala Lumpur – bersebelahan bangunan parlimen pertama Malaysia (waktu itu dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu)– telah diperuntukkan oleh kerajaan bagi menempatkan dengan rasminya institusi Balai Seni Lukis Negara (BSLN). Ordinan untuk menubuhkan Lembaga Amanah BSLN dimaktubkan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada tahun 1959 melalui Akta 516: Akta Balai Seni Lukis Negara 1959.




Previous Post Next Post