Jawatan Kosong Terkini di Majlis Perbandaran Klang - 31 Januari 2024

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Perbandaran Klang



Jawatan:


1. ARKITEK LANDSKAP J41


2. PENOLONG ARKITEK LANDSKAP JA29


3. PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA JA29


4.PENOLONG PEGAWAI SENI BINA JA29


5. PENOLONG JURUTERA JA29


6. PENOLONG JURUUKUR BAHAN JA29


7. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29


8. PENOLONG PEGAWAI KESELAMATAN KP29


9. PEMBANTU TADBIR (P/O)  N19


10. PEMBANTU TADBIR (PENGAWAS) N19


11. PEMBANTU KESELAMATAN KP19


12. AHLI MUZIK B19


13. PEMBANTU AWAM H11


Tarikh Tutup Permohonan : 31 Januari 2024 (Rabu)


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Jawatan Kosong Terkini 2022 di Majlis Perbandaran Klang

Follow Sosial Media Kami : Klik Sini

Latar Belakang

Penguasa Tempatan Klang telah ditubuhkan pada bulan Mei 1890 yang ketika itu dikenali sebagai Lembaga Kesihatan Klang untuk mentadbirkan Bandar Klang. Sempadan rasmi telah ditetapkan pada tahun 1895 manakala pada tahun 1926 kawasannya telah digabungkan dengan Port Swettenham dan pada bulan Disember 1945 telah diubah menjadi Lembaga Bandaran Klang.

Perubahan dalam pentadbiran seterusnya berlaku apabila terbentuknya Majlis Bandaran Klang pada tahun 1954. Dengan sistem pentadbiran ini Klang membangun dengan pesatnya sehingga pada tahun 1971 apabila Pelabuhan Klang, Kapar dan Meru telah dirangkumkan menjadi Majlis Daerah Klang. Dengan berkuatkuasanya Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) dan penyusunan semua penguasa tempatan, Majlis Daerah Klang telah dinaikkan ke taraf yang ada sekarang iaitu Majlis Perbandaran Klang (MPK) pada 1 Januari, 1977.




Previous Post Next Post