1. TUKANG
Maklumat & Syarat Permohonan:
Warganegara Malaysia;
Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 30 tahun pada tarikh tutup iklan;
Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
Mempunyai sijil kemahiran Malaysia tahap 2 dalam bidang Mekanikal;
Sihat tubuh badan dan memiliki BMI normal;
Calon yang memiliki perakuan kekompetenan Drebar Injin Pembakaran Dalam Sekurang-kurangnya Gred 2 akan diberi keutamaan;
Calon hendaklah bersedia ditempatkan atau dipindahkan di mana-mana lokasi/daerah
Tanggungjawab:
Membantu tugas-tugas Juruteknik melaksanakan serta menyiapkan kerja-kerja pembaikan dan senggaraan projek-projek mekanikal di luar bandar;
Membantu tugas-tugas melaksanakan penyelenggaraan jentera penjanaan dan alat sokongan di stesen luar bandar;
Membantu melaksanakan kerja penambahbaikan sistem mekanikal;
Membantu Juruteknik untuk penyediaan laporan kerosakan dan pembaikan kepada Penolong Jurutera dan Jurutera Mekanikal;
Membantu penyediaan senarai keperluan alat ganti pada jentera yang disenggara serta keperluan consumables yang diperlukan untuk pelaksanaan kerja senggaraan;
Mengenalpasti kerja-kerja dalam keadaan yang selamat;
Mengenalpasti peralatan/tools untuk kegunaan kerja harian sendiri;
Melaksanakan tugas-tugas menjaga jentera siap-sedia apabila diperlukan;
Membantu perlaksanaan kerja dengan mematuhi aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan (Safety Quality Assurance, HIRARC);
Membantu dalam pelaksanaan Buangan Terjadual (BT) mengikut SOP yang ditetapkan;
Membantu pelaporan keselamatan (Potential Incidents) dan penyelesaian laporan potential incidents.
0 Comments