Sila klik Follow dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong Terkini di Universiti Malaya (UM) - 11 Februari 2024

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di Universiti Malaya (UM) seperti berikut :-



Jawatan:


1. PENOLONG PEGAWAI SAINS GRED C29

Gred C29

Kategori Bukan Akademik
Gaji RM 1,505.00 - 5,696.00


Ringkasan Tugas:

1. Menguruskan urusan pentadbiran pejabat bagi memastikan operasi pejabat Pusat Haiwan Makmal berjalan dengan lancar

2. Memantau dan memastikan tahap kesihatan kesemua haiwan makmal seperti tikus dan mencit dan monyet di dalam keadaan sihat dan aktif.

3. Mengajar pelajar praktikal kursus Medical Laboratory Technology (MLT) PPUM mengikut silibus yang telah ditetapkan.

4. Menyusun dan mengatur penyelidikan di setiap unit agar lebih berkesan

5. Menyediakan flyer promosi untuk Pusat Haiwan Makmal setiap bulan.

6. Memastikan pembuangan sampah biasa dibuang ke dalam tong hitam dan sisa klinikal dibuang ke dalam tong sampah kuning di luar makmal



2. PEMBANTU OPERASI GRED N11

Gred : N11
Kategori : Bukan Akademik
Gaji : RM 1,216.00 - 2,983.00


Deskripsi Tugas:

Melaksanakan tugas-tugas dalam membantu melicinkan perjalanan urusan pejabat seharian melibatkan pergerakan fail, penghantaran dan pendaftaran surat/dokumen/saman/notis serta pemanduan kenderaan.

Memandu dan menyenggara kenderaan yang diliputi oleh lesen memandu Kelas B2/B/D/E2/E1/E.

Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas operasi am bersifat hands-on


Tarikh tutup permohonan : 28 Januari - 11 Februari 2024


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


kerja kosong um

Follow Sosial Media Kami : Klik Sini

Sejarah

Sejarah universiti ini boleh dikesan ke Singapura, dari Kolej Perubatan King Edward VII (ditubuhkan pada 1905) dan Kolej Raffles (Singapura) (ditubuhkan pada 1929). Kedua-dua kolej ini bergabung menjadi Universiti Malaya pada 8 Oktober 1949. Kemudian pada tahun 1959, universiti ini mengambil keputusan berpecah kepada dua bahagian, satu di Singapura (kemudiannya menjadi Universiti Nasional Singapura) dan satu lagi di Kuala Lumpur (mengekalkan nama Universiti Malaya). Maka secara rasminya Universiti Malaya yang sekarang ini ditubuhkan pada 1 Januari 1962. Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj merupakan Canselor pertama Universiti Malaya




Previous Post Next Post