Jawatan Kosong Terkini di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) - 5 Mei 2024

Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon bagi mengisi kekosongan jawatan dalam perkhidmatan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) seperti yang dinyatakan di bawah ini:-



Jawatan:


1. PEGAWAI SAINS C41


2. PEGAWAI TADBIR N41


3. PEGAWAI PSIKOLOGI S41


4. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT FA29


5. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29


6. PEMBANTU TADBIR (HAL EHWAL ISLAM) N19


7. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N19


8. PEMBANTU OPERASI (PEMANDU) N11


Tarikh Tutup Permohonan : 05 Mei 2024 (Ahad) sebelum jam 3.00 petang.


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Jawatan Kosong Terkini di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia UTHM-MEHkerja-2023

Follow Sosial Media Kami : Klik Sini

Penubuhan UTHM

Sejarah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia bermula pada 16 September 1993 dengan penubuhan Pusat Latihan Staf Politeknik (PLSP), yang bertujuan melahirkan dan melatih tenaga pengajar yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam pelbagai bidang kejuruteraan untuk sistem politeknik di negara ini. Penubuhan ini mencatatkan satu lembaran baru dalam perkembangan pendidikan negara. Pusat ini dikendalikan oleh Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia melalui memorandum persefahaman yang telah ditandatangani bersama pada 28 Jun 1993

Sebagai pengiktirafan kepada sebuah institusi teknologi yang cemerlang dalam mengharungi perkembangan pendidikan negara terutama keupayaan menangani isu pembangunan sumber manusia khasnya dalam bidang teknikal di negara ini membawa kepada pengisytiharan nama baru iaitu Institut Teknologi Tun Hussein Onn (ITTHO) pada 12 April 1996 oleh YB Menteri Pendidikan Malaysia pada masa itu, Dato’  Sri Najib Tun Abdul Razak.




Previous Post Next Post