HTML5 Sila Follow dan Klik button [X] untuk tutup Button Close

Jawatan Kosong Terkini di Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) - 24 Mei 2024

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) seperti berikut : 




Jawatan:


1. PENOLONG PEGAWAI PENGUAT KUASA GRED KP29

Jadual Gaji:
Minimum : RM1 ,493.00
Maksimum : RM5,696.00


Syarat -syarat:

Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki syarat-syarat seperti berikut-

a) warganegara Malaysia

b) berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 35 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

c) mempunyai lesen memandu kelas D

d) Mempunyai kelayakan akademik:

i. Sijil Veterinar/Sijil Pertanian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

ii. Diploma dalam bidang perikanan, pertanian, hortikultur, pemakanan, teknologi makanan, kesihatan haiwan, sains penternakan atau sains veterinar yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

iii. Kelulusan Diploma/Sijil mestilah setaraf dengan diploma/sijil dari Institusi Pengajian Tinggi Awam Tempatan/Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi yang lain. Disemak di dalam sistem pengiktirafan kelayakan perkhidmatan awam (eSisraf)

e) Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:-

i. Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;

ii. Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita

iii. Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26

iv. Mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja)

v. lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9  tanpa menggunakan cermin mata; dan

vi. pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan

vii. diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.


Sebelum atau pada 24 Mei 2024 (Jumaat)


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Jawatan Kosong Terkini di Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia MAQIS-MEHkerja

Follow Sosial Media Kami : Klik Sini

Latar Belakang

Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) ditubuhkan di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, sebagai sebuah Jabatan bagi mengadakan perkhidmatan bersepadu yang berhubungan dengan kuarantin, pemeriksaan dan penguatkuasaan di pintu masuk, stesen kuarantin dan premis kuarantin dan pemerakuan bagi import dan eksport tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih dan mikrooganisma dan termasuk pemeriksaan dan penguatkuasaan yang berhubungan dengan makanan dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya.


Previous Post Next Post