HTML5 Sila Follow dan Klik button [X] untuk tutup Button Close

Jawatan Kosong Terkini di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan - 28 Mei 2024

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan mempelawa calon-calon warganegara Malaysia yang berdedikasi, bermotivasi tinggi, bertanggungjawab terhadap tugas dan berkelayakan serta berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:-



Jawatan:

KELULUSAN MINIMUM: SIJIL  / DIPLOMA


1. PENOLONG JURUTERA GRED JA29
26 Kekosongan


Jadual Gaji:
Gaji Minimum : RM1,549.00
Gaji Maksimum : RM5,701.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM 145.00


Syarat Lantikan:


Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:


warganegara Malaysia;


berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan


sijil dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred JA29 : RM1,549.00); atau


diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred JA29 : RM1,935.02)



Deskripsi Tugas:


Bertanggungjawab mengendalikan pelaksanaan projek bagi skop kerja kejuruteraan antaranya kejuruteraan awam, mekanikal dan elektrik iaitu mengumpul maklumat untuk penyediaan reka bentuk, menyedia dan menyemak lukisan kejuruteraan, merekod inventori, mengawas tapak projek, menyelia pelaksanaan kerja pengawasan pembinaan di tapak projek, menyediakan laporan kemajuan projek, membantu kerja-kerja perundingan dan penyediaan sebut harga dan tender, menjalankan kerja penyenggaraan bangunan dan workshop, melaksanakan kerja-kerja kawalan, pengujian, penyenggaraan berkala peralatan elektrik, merancang dan menyusun aktiviti bagi mengawal selia sistem pengairan dan saliran serta menjalankan tugas-tugas yang berkaitan.


Tarikh Tutup Permohonan : 28 Mei 2024 (Selasa) jam 11:59 malam


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Jawatan Kosong Terkini 2019 di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan

Follow Sosial Media Kami : Klik Sini

Sejarah Penubuhan

Negeri Sembilan kini dihuni penduduk berbilang kaum yang kini melebihi 1 juta orang. Orang Melayu merupakan kaum majoriti, yang mewakili 61.5 peratus daripada keseluruhan penduduk. Masyarakat Cina pula mewakili 22.9 peratus, masyarakat India 15.1 peratus, manakala kaum-kaum lain mewakili 0.5 peratus.

Negeri Sembilan mempunyai keunikan tersendiri yang kaya dengan adat budayanya. Umum mengetahui, keunikan masyarakat Negeri Sembilan terletak pada Adat Perpatih yang diamalkan sejak berzaman dan diperturunkan secara lisan dari satu generasi ke satu generasi.




Previous Post Next Post