Suruhanjaya perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) mencari individu yang berintegriti, memiliki kemahiran interpersonal, daya tahan, komitmen, orientasi sosial serta semangat berpasukan yang tinggi untuk menyertai perkhidmatan awam seperti jawatan di bawah:
Jawatan:
1. PEGAWAI PSIKOLOGI GRED S9 (KAUNSELING)
21 Kekosongan
Syarat Lantikan:
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang Psikologi, Psikologi Klinikal atau Kaunseling yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S9: RM2,470.00); atau
Ijazah Sarjana dalam bidang Psikologi, Psikologi Klinikal atau Kaunseling yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S9: RM3,020.00); atau
Ijazah Kedoktoran dalam bidang Psikologi, Psikologi Klinikal atau Kaunseling yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S9: RM3,350.00).
*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah.
Sejarah Penubuhan
Pada tahun 1967, Pejabat Perjawatan Persekutuan telah ditukar nama kepada Establishment Office of Malaysia. Nama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pula mula diguna pakai pada 15 Ogos 1968. Dari zaman Sir John Huggins pada tahun 1934, gelaran yang digunakan selaku Ketua Perkhidmatan Pentadbiran pada ketika itu ialah Malayan Establishment Officer.
Manakala semasa A.J. Gracie memegang jawatan tersebut pada tahun 1954, gelaran diubah kepada Federation Establishment Officer. Setelah H.G. Turner menggantikan Gracie pada tahun 1957 sehingga Tan Sri Ahmad Hj. Husin menyandang jawatan Ketua Perkhidmatan sektor awam pada tahun 1960, gelaran yang digunakan dikenali sebagai Principal Establishment Officer (P.E.O).