Baca syarat kelayakan dan maklumat permohonan dengan teliti sebelum menghantar permohonan melalui saluran rasmi.
Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Daerah Ketereh seperti berikut:-
Jawatan:
1. PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N5
2. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN GRED U5
3. PENOLONG AKAUNTAN GRED W5
4. PENOLONG ARKITEK LANDSKAP GRED JA5
5. PELUKIS PELAN (KEJURUTERAAN AWAM) / PENOLONG JURUTERA GRED JA1
6. PEMBANTU PENGUAT KUASA GRED KP1
7. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN DAN OPERASI) GRED N1
8. PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT/SETIAUSAHA PEJABAT GRED N1
9. PEMBANTU KHIDMAT AM GRED H1
Tarikh Tutup Permohonan : 02 Januari 2025 (Ahad)
*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah
Penubuhan Majlis Daerah Ketereh
Majlis Daerah Ketereh (MDK) ditubuhkan dengan rasminya pada 1 Januari 1979 bersamaan 2 Safar 1399H dengan nama Majlis Daerah Kota Bharu (MDKB) hasil penyusunan semula Penguasa-Penguasa Tempatan di Kelantan dibawah Akta 171, Akta Kerajaan Tempatan. Nama Majlis Daerah Kota Bharu ditukar kepada Majlis Daerah Ketereh pada 31 Januari 2006 bersamaan 1 Muharam 1427H. Pada tanggal 7 Disember 2010 bersamaan 1 Muharram 1432H, Majlis Daerah Ketereh telah diisytiharkan sebagai Perbandaran Islam dan telah dikenali sebagai Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam (MDKPI).
0 Comments