Jawatan Kosong Terkini di Universiti Islam Selangor (UIS) - 12 Disember 2024

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon jawatan kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak.



Jawatan:


1. PENGURUS PEMBANGUNAN PERNIAGAAN

Jadual Gaji:
Minimum Maksimum
RM 5,532.00 - RM 11,188.00


Syarat Lantikan:


Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-


1. Warganegara Malaysia; dan


2. Ijazah Sarjana Muda dalam Pengurusan Perniagaan atau Pemasaran atau bidang yang berkaitan; dan


3. mempunyai 10-15 tahun pengalaman bekerja dalam aktiviti dan operasi pemasaran (keutamaan akan diberikan kepada calon yang pernah memegang jawatan sebagai Pengurus atau Ketua Bahagian Pembangunan Perniagaan atau pemilik perniagaan); dan


4. mempunyai pengetahuan kerja yang sangat baik tentang pembangunan perniagaan sama ada secara digital atau fizikal (keutamaan akan diberikan kepada calon yang pernah membangunkan sesuatu produk baharu yang kini dikenali secara meluas atau telah mencapai kejayaan di dalam pasaran); dan


5. mempunyai pemikiran kritis yang serta kemahiran membuat keputusan (termasuk keputusan-keputusan yang bersifat segera (adhoc)); dan


6. fasih berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris (kebolehan berkomunikasi dalam bahasa lain adalah satu kelebihan); dan


7. bersedia untuk bekerja pada hujung minggu dan bertugas di luar kawasan (keutamaan kepada yang mempunyai kenderaan sendiri).


Tarikh tutup permohonan : 12 Disember 2024 (Khamis)


* Sila baca arahan lengkap iklan kekosongan jawatan ini melalui link yang admin sediakan di bawah.




Jawatan Kosong Terkini di Universiti Islam Selangor UIS-MEHkerjamy

Pengenalan UIS

Universiti Islam Selangor (UIS) merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Islam milik penuh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang ditubuhkan di bawah akta IPTS 1996. Penubuhannya secara rasmi pada 15 Februari 1995 membuktikan komitmen kerajaan negeri Selangor dalam membangunkan agenda pendidikan dan kecemerlangan ilmu. Sebagai sebuah legasi pendidikan DYMM Sultan Selangor yang sentiasa dipelihara dan disantuni menjadi pemangkin tradisi ilmu dan penyatuan umat Islam di negeri Selangor, UIS  berusaha melahirkan Dai, Ulama dan Umarak.

Previous Post Next Post