Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan mempunyai komitmen yang tinggi untuk berkhidmat di Majlis Daerah Lipis (MDL) dalam jawatan seperti berikut :-
Jawatan:
1. PENOLONG PEGAWAI UNDANG-UNDANG L5 - 1 Kekosongan
8. PEMBANTU KHIDMAT AM H1 - 7 Kekosongan
2. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N5 - 1 Kekosongan
3. PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA JA5 - 1 Kekosongan
4. PENOLONG JURUKUR BAHAN JA5 - 1 Kekosongan
5. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N1 - 5 Kekosongan
6. PEMBANTU PENGUAT KUASA KP1 - 1 Kekosongan
7. PEMBANTU AKAUNTAN W1 - 1 Kekosongan
Tarikh tutup permohonan : 14 Julai 2025 (Isnin)
*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah
Majlis Daerah Lipis ditubuhkan pada 1 Mac 1982 hasil daripada percantuman beberapa buah penguasa tempatan iaitu Majlis Bandaran Kuala Lipis, Majlis Tempatan Benta, Jerkoh dan Penjom serta pekan-pekan kecil seperti Padang Tengku, Bukit Betong, Mela dan Merapoh.
Dari segi sejarahnya Majlis Bandaran Kuala Lipis pada mulanya beroperasi sebagai sebuah Lembaga Kesihatan atau ‘Sanitary Board’ sehingga tamat Perang Dunia Kedua. Selepas itu ia bergerak sebagai sebuah Lembaga Bandaran sehingga tahun 1959. Pada tahun 1959 telah diadakan Pilihanraya Kerajaan Tempatan untuk memilih Ahli Majlis bagi mentadbir Penguasa Tempatan ini sehinggalah penubuhan Majlis Daerah pada 1 Mac 1982.