Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon jawatan kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak.
Jawatan:-
1. PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM GRED S9
2. JURUTEKNIK KOMPUTER GRED FT1
Tarikh Tutup : 27 Julai 2025 (11.59 malam)
*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah
Sejarah Pentadbiran
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak ditubuhkan pada tahun 1948 melalui Perjanjian Perak di antara Sultan Abdul Aziz Al-Mutasim Billah Shah dengan Sir Gerard Edward J. Gent pada 21 Januari 1948. Melalui perjanjian ini, satu undang-undang perlembagaan Perak telah dibentuk pada 1 Februari 1948. Perlembagaan ini menggariskan hak-hak dan kuasa Sultan serta memperuntukkan satu pentadbiran Kerajaan yang terdiri daripada Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Majlis Mesyuarat Negeri sebagai badan yang bertanggungjawab untuk membantu dan menasihati Sultan di dalam menjalankan tugasnya.
0 Comments