Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan mempunyai komitmen yang tinggi untuk berkhidmat di Perbadanan Putrajaya (PPj) dalam jawatan seperti berikut :-
Jawatan:
1. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U5
2. PENOLONG AKAUNTAN W5
3. PENOLONG JURUUKUR GRED JA5
4. PENJAGA JENTERA ELEKTRIK GRED J1
Tarikh Tutup Permohonan : 14 Julai 2025 (Isnin)
*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah
Kerajaan Malaysia memulakan pencarian tapak Pusat Pentadbiran Kerajaan yang baru pada tahun 1980an supaya sebahagian pembangunan Kuala Lumpur dapat diselerakkan. Satu tapak di Perang Besar, Daerah Sepang yang terletak di lokasi strategik di antara Kuala Lumpur dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) telah dipilih untuk tujuan tersebut. Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan ini telah dinamakan sempena Perdana Menteri Malaysia yang pertama, YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
Putrajaya akan memainkan peranan sebagai Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan yang baru, manakala Kuala Lumpur akan kekal sebagai ibu negara serta pusat utama kewangan dan perdagangan.