Majlis Perbandaran Pengerang merupakan sebuah PBT baharu yang ditubuhkan khusus untuk mentadbir urus Pengerang yang sedang rancak membangun, menerusi projek mega hab petroleum dan gas - Pengerang Integrated Petroleum Complex (PIPC). Majlis Perbandaran Pengerang diwujudkan bagi memberikan perkhidmatan berorientasikan pelanggan, mesra pelabur dan mengutamakan masyarakat setempat. Bagi mencapai aspirasi dan wawasan ini, Majlis Perbandaran Pengerang komited dalam memastikan perkhidmatan yang profesional, berwibawa dan efisien. Majlis Perbandaran Pengerang juga berharap Pengerang menjadi sebuah Bandar Bestari dan Lestari di bawah 'flagship' Program Pengerang Pintar (Smart Pengerang), Inisiatif Hijau dan Bandar Karbon Rendah (Low Carbon City). Usaha ini merangkumi penyediaan infrastruktur terkini, tadbir urus cekap dan teknologi pintar dalam penyediaan blue print pembangunan masa depannya.