Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (“KWAP”) ditubuhkan pada 1 Mac 2007 di bawah di bawah Akta Kumpulan Wang Persaraan 2007 (Akta 662) menggantikan Akta Kumpulan Wang Amanah Pencen 1991 (Akta 454). Tema laporan tahunan ini meraikan warisan KWAP dalam menyampaikan nilai kepada pesara Malaysia melalui penggambaran seni batik. Seni tradisional ini melambangkan penghargaan terhadap sumbangan pesara kami pada masa lalu dan komitmen kami untuk membina warisan yang berkekalan pada masa hadapan. Seni batik juga merupakan simbol kegembiraan dan juga harapan kami untuk pesara dapat menikmati kesejahteraan persaraan yang disampaikan oleh KWAP dengan penuh dedikasi. Akta Kumpulan Wang Amanah Pencen 1991 (Akta 454) telah digubal untuk membantu pembiayaan liabiliti pencen Kerajaan Persekutuan. Dengan penggubalan Akta ini, Kumpulan Wang Amanah Pencen telah ditubuhkan pada 1 Jun 1991 dengan geran penubuhan sebanyak RM500 juta daripada Kerajaan Persekutuan.