MEHKERJA PORTAL JAWATAN KOSONG MALAYSIA

Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Segamat [29 Oktober 2026]

Logo Majlis Perbandaran Segamat Mehkerjamy
Mengenai Agensi
Majlis Perbandaran Segamat (MPS) adalah salah sebuah Pihak Berkuasa Tempatan dalam Negeri Johor berautonomi sendiri dengan keluasan kawasan pentadbiran seluas 265.53 km persegi (66,275 ekar) berdasarkan kepada kelulusan Kerajaan Negeri No. PW. 1956 JPU 44 31/8/89. Bilangan penduduk yang dicatatkan adalah seramai 189,920 orang berdasarkan Laporan Taburan Penduduk Mengikut Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan dan Mukim, 2010 oleh Jabatan Perangkaan Negara. Pada tahun 1951, ia dinaikkan taraf kepada Majlis Bandaran dengan berkuatkuasanya Ordinan Pilihanraya Penguasa Tempatan 1950 hingga 31.12.1970. Pada 1.1.1977, melalui Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171), ia menjadi sebuah Kerajaan Tempatan dengan nama Majlis Daerah Segamat Utara. Manakala pada 30 November 2000, nama Majlis Daerah Segamat Utara ditukar sebagai Majlis Daerah Segamat. Pada 1 Januari 2018 pula, Majlis Daerah Segamat telah dinaiktaraf kepada Majlis Perbandaran Segamat.
Jawatan Kosong Terkini 2026 di Majlis Perbandaran Segamat | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Perbandaran Segamat:


Jawatan yang ditawarkan


1. PEMBANTU KESIHATAN AWAM U1 - KONTRAK INTERIM

2. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U5 - KONTRAK


Tarikh Tutup Permohonan: 29 Oktober 2026


Sila baca syarat kelayakan dan maklumat di atas, sebelum memohon melalui pautan rasmi di bawah.