Baca syarat kelayakan dan maklumat permohonan dengan teliti sebelum menghantar permohonan melalui saluran rasmi.
Permohonan adalah dipelawa daripada rakyat Negeri Terengganu yang berkelayakan sahaja bagi memenuhi jawatan di Pentadbiran Negeri Terengganu seperti berikut:-
Jawatan:
1. ARKITEK LANDSKAP J41
2. PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U41
3. PENOLONG PEGAWAI UNDANG-UNDANG L29
Cara Memohon:
a) Pemohon hendaklah mengemukakan surat bertulis (
resume)
b) Setiap permohonan hendaklah lengkap dengan disertakan dokumen yang diperakui sah
sebagai salinan sebenar seperti berikut :-
i) Sijil Kelahiran atau Kad Pengenalan;
ii) Kelulusan Pelajaran;
iii) Lain-lain sijil dan dokumen yang berkaitan, jika ada.
Hanya permohonan yang layak selepas tapisan sahaja dipanggil untuk temuduga. Pemohon yang tidak menerima jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggapkan mereka tidak berjaya.
Setiap permohonan hendaklah ditulis nama jawatan yang dipohon disudut atas sebelah kiri sampul surat dan alamatkan kepada :
YB Setiausaha Kerajaan Terengganu
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Tingkat 8, Wisma Darul Iman
20503 Kuala Terengganu.
Tarikh Tutup Permohonan : 23 Jun 2016
Objektif Organisasi
- Mewujudkan ciri - ciri 'Profesionalisme' dalam diri setiap Anggota Perkhidmatan Awam Negeri.
- Melahirkan Anggota Perkhidmatan Awam Negeri yang berintegriti dan berwawasan.
- Melahirkan Anggota Perkhidmatan Awam Negeri yang kompeten, berilmu, berakhlak dan mesra pelanggan.
- Melahirkan Anggota Perkhidmatan Awam Negeri yang kreatif dan inovatif.
- Mewujudkan urus tadbir yang baik "Good Governance"di kalangan Agensi Awam Negeri.
Visi Organisasi
- Peneraju kecemerlangan perkhidmatan awam Negeri Terengganu dalam perancangan, pengurusan dan pembanguanan sumber manusia ke arah melahirkan modal insan yang cemerlang menjelang tahun 2018
Misi Organisasi
- Memancu transformasi pengurusan sumber manusia sektor awam untuk meningkatkan daya saing negeri melalui pengurusan organisasi dan latihan yang berkualiti secara inovatif dan strategik
0 Comments