Jawatan Kosong di Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) - 20 Okt 2017 - JAWATAN KOSONG 2020 | KERJA KOSONG TERKINI | JOB VACANCY

Jawatan Kosong di Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) - 20 Okt 2017

The Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) was established under the Human Rights Commission of Malaysia Act 1999. SUHAKAM has the mandate and responsibility as the National Human Rights Institution, to promote awareness and protection of human rights. 



Jawatan:


1. PEMANDU KENDERAAN GRED H11


Syarat Kelayakan:

i. Kredit Bahasa Malaysia (termasuk lulus ujian lisan) dan Bahasa Inggeris pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Suruhanjaya;

ii. Memiliki lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P);

iii. Berkemahiran untuk memandu, mengendali dan selenggara kenderaan pejabat;

iv. Mahir dengan jalan-jalan di kawasan Lembah Klang dan juga mempunyai keupayaan untuk memandu luar kawasan apabila dikehendaki oleh Suruhanjaya;

v. Mempunyai tahap kesihatan yang baik;

vi. Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik serta fasih bertutur dan menulis di dalam Bahasa Malaysia, manakala kebolehan berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris merupakan satu kelebihan;



Cara memohon:


Bagi calon-calon yang berminat boleh mengemukakan surat permohonan yang mengandungi maklumat diri (resume) beserta salinan sijil-sijil akademik dan salinan Kad Pengenalan yang telah disahkan serta sekeping gambar berukuran pasport (tidak dikembalikan) sebelum atau pada 20 Oktober 2017 kepada:

Pengerusi
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia
Pejabat Pengerusi SUHAKAM
Tingkat 12, Menara TH Perdana, 1001 Jalan Sultan Ismail
50250 Kuala Lumpur.


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Join Telegram Kami : telegram.me/kerjakosongterkini

Jawatan Kosong Terkini 2016 di Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)




Sejarah SUHAKAM

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) ditubuhkan oleh Parlimen di bawah Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999, Akta 597. Akta tersebut telah diwartakan pada 9 September 1999. Mesyuarat sulung SUHAKAM diadakan pada 24 April 2000.

Usaha menubuhkan sebuah institusi hak asasi manusia pada peringkat nasional di Malaysia bermula dengan penyertaan aktif Malaysia dalam Suruhanjaya Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Hak Asasi Manusia (United Nations Commission for Human Rights – UNCHR) pada tahun 1993 – 95 apabila Malaysia dilantik sebagai ahli Suruhanjaya tersebut oleh Majlis Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Pada tahun 1995, Malaysia diberi penghormatan apabila ketua perwakilannya, Tan Sri Dato’ Musa bin Hitam dilantik sebagai Pengerusi sesi ke-52 UNCHR. Keanggotaan Malaysia dalam UNCHR dilanjutkan bagi penggal kedua, iaitu dari 1996-1998, dan seterusnya ke penggal ketiga, iaitu dari 2001-2003

Pelbagai sebab telah mendorong Kerajaan Malaysia sehingga akhimya mempertimbangkan penubuhan sebuah institusi kebangsaan hak asasi manusia. Selain penglibatan aktif Malaysia dalam UNCHR. Turut mempengaruhi ialah perhatian antarabangsa terhadap isu hak asasi manusia natijah daripada kejayaan Persidangan Sedunia berhubung Hak Asasi Manusia pada tahun 1993 di Vienna. Kerajaan-kerajaan yang menyertainya, termasuk Malaysia, bersetuju bahawa hak-hak asasi manusia meliputi rangkuman sejagat dan tidak boleh dipisahkan dan mereka juga menyedari peri pentingnya diwujudkan badan hak asasi manusia di peringkat negara masing-masing.


0 Response to "Jawatan Kosong di Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) - 20 Okt 2017"

Post a comment