Sila klik Follow dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong Terkini di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Kedah - 7 Februari 2018

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Kedah mempelawa calon-calon warganegara Malaysia yang berdedikasi, bermotivasi tinggi, bertanggungjawab terhadap tugas dan berkelayakan serta berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:-



Jawatan:


1. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29


2. PELUKIS PELAN (KEJURUTERAAN AWAM)/PENOLONG JURUTERA JA19


3. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) W19


4. PENGAWAS HUTAN G19



Tarikh Tutup Permohonan : 07 Februari 2018 (Rabu) Jam 11.59 Malam





Sejarah Penubuhan

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Negeri Kedah telah diluluskan penubuhannya oleh Majlis Undangan Negeri Kedah (Legislative Assembly) pada 24 Ogos 1959 di bawah 'State Public Service Commission Enactment 1959' atau Enakmen Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Tahun 1959. Enakmen tersebut telah mendapat perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah pada 20 Oktober 1959 dan seterusnya diwartakan pada 29 Oktober 1959.

Suruhanjaya ini dianggotai oleh seorang 'Pengerusi' dan tiga orang 'Ahli' dan dibantu oleh Urusetia Suruhanjaya yang terdiri daripada seorang 'Setiausaha', lima orang Pembantu Tadbir, dua orang Pembantu Tadbir Rendah (Jurutaip) dan dua orang Pembantu Am Rendah.

Di bawah Seksyen 8(1), Enakmen Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Kedah 1959, Suruhanjaya adalah bertanggung jawab terhadap pelantikan, pengesahan dalam jawatan, pemberian taraf berpencen, kenaikan pangkat, menukar dan menjalankan kawalan tatatertib anggota perkhidmatan awam yang di bawah bidang kuasanya. Tanggung jawab menukar sebagaimana di atas tidaklah termasuk pertukaran yang tidak berubah pangkat di dalam sesebuah jabatan kerajaan.

Kuasa bagi menaikkan pangkat dan kawalan tatatertib adalah dijalankan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat dan Lembaga Tatatertib yang ditubuhkan di bawah peraturan kedua-dua lembaga tersebut sebagaimana KPU 15 Jilid 38 Bil. 22 Tahun 1995 dan KPU 15 Jilid 40 Bil. 19 Tahun 1997 namun Suruhanjaya ini masih berfungsi sebagai Lembaga Rayuan bagi kedua-duanya.

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Negeri Kedah merupakan Pihak Berkuasa Tatatertib berkenaan dengan pegawai yang memegang atau memangku jawatan Setiausaha Kerajaan dan Pegawai Kewangan Negeri serta kuasa bagi membuang kerja atau menurun pangkat pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional. Urusan kenaikan pangkat ke Gred Utama C dan ke atas juga dijalankan oleh Suruhanjaya ini.

Previous Post Next Post