Sila klik Follow dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong Terkini di Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) - 28 May 2019

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), sebuah organisasi yang bertanggungjawab memberi pinjaman kepada pelajar Institusi Pendidikan Tinggi yang layak dan menerima deposit di bawah Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN), mempelawa calon-calon WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak lebih dari 45 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk memohon jawatan bertaraf kontrak seperti berikut :



Jawatan:


1. Temuduga Terbuka : Eksekutif Pemasaran


Tarikh / Hari:
28 Mei 2019 / Selasa

Masa:
9.00 pagi hingga 3.00 petang*
(pendaftaran dibuka : 9.00 pagi - 12.00 tengahari)
* Rehat : 1.00 petang hingga 2.00 petang 

Tempat:
Bilik Perbincangan 2, Tingkat 1
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
Menara PTPTN, Blok D, Megan Avenue II
No.12, Jalan Yap Kwan Seng
50450 KUALA LUMPUR


2. Penolong Pegawai Tadbir Gred N29


Tarikh tutup permohonan : 26 Mei 2019 (Ahad)


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Jawatan Kosong Terkini 2018 di Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)



Info Koporat

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566) yang mula berkuatkuasa pada 1 Julai 1997. PTPTN mula beroperasi pada 1 November 1997 di Bangunan Wisma Chase Perdana, Off Jalan Semantan, Damansara Heights, Kuala Lumpur.




Join Telegram Kami : telegram.me/kerjakosongterkini
Previous Post Next Post