Sila klik Follow dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong Terkini di Universiti Teknologi MARA Perak [9 Jun 2020]

Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia berstatus Bumiputera/Bukan Bumiputera (Jawatan Akademik) yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi jawatan tetap di Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar dan Kampus Tapah.



Jawatan:


1. PROFESOR VK7


2. PROFESOR MADYA DM53


3. PENSYARAH KANAN DM51


4. PENSYARAH DM45


Tarikh Tutup Permohonan : 09 Jun 2020 (Selasa)


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Jawatan Kosong Terkini 2020 di Universiti Teknologi MARA Perak




Sejarah UiTM Perak

Institut Teknologi MARA telah dirasmikan penubuhannya pada 1 Januari 1985 oleh YAB Tan Sri Ramli Ngah Talib, Menteri Besar Perak. Kampus Cawangan ini merupakan kampus yang kelapan daripada 12 buah kampus ITM di seluruh negara termasuk kampus induk di Shah Alam.

Penubuhan Kampus ini telah dijalankan dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perak. Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri Perak melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) telah menyewakan beberapa buah rumah kedai serta rumah teres kepada ITM Perak sebagai kampus sementara di Bandar Baru Seri Manjung yang terletak lebih kurang 86km ke Barat Bandaraya Ipoh.

Di awal penubuhannya kampus ini terdiri daripada 6 unit bangunan rumah kedai dua tingkat dan ditambah dari masa ke semasa hingga menjadi 15 unit sebagai pejabat pentadbiran, bilik-bilik kuliah, asrama siswi, perpustakaan, surau, dewan makan dan setor.





Join Fb Pages Kami : mehkerja
Previous Post Next Post