Jawatan Kosong Terkini di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) [9 Jun 2020]
May 31, 2020
AGENSIMaklumat jawatan
LOKASISeluruh Malaysia
TARIKH TUTUPRUJUK IKLAN
Baca syarat kelayakan dan maklumat permohonan dengan teliti sebelum menghantar permohonan melalui saluran rasmi.
Kami menjemput anda warganegara Malaysia, berumur 18 tahun dan ke atas yang berminat dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebagaimana di bawah :
1. JURUPULIH PERUBATAN U29 2. JURURAWAT U29 3. JURUTEKNIK PERUBATAN U19 4. JURUTEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN U29 5. JURUTEKNOLOGI PERGIGIAN U29 6. JURUTERAPI PERGIGIAN U29 7. PEGAWAI DIETETIK U41 8. PEGAWAI FARMASI UF41 9. PEGAWAI KEWANGAN W41 10. PEGAWAI OPTOMETRI U41 11. PEGAWAI PEMULIHAN PERUBATAN U41 12. PEGAWAI PERGIGIAN UG41 13. PEGAWAI PERUBATAN UD43 14. PEGAWAI PERUBATAN UD47 15. PEGAWAI PERUBATAN UD51 16. PEGAWAI PERUBATAN UD53 17. PEGAWAI PSIKOLOGI (KLINIKAL) S41 18. PEGAWAI SAINS C41 19. PEGAWAI TADBIR N41 20. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F41 21. PEMANDU KENDERAAN H11 22. PEMBANTU OPERASI N11 23. PEMBANTU PEMBEDAHAN PERGIGIAN U19 24. PEMBANTU TADBIR (P/O) N19 25. PENOLONG AKAUNTAN W29 26. PENOLONG JURUTERA JA29 27. PENOLONG PEGAWAI FARMASI U29 28. PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN U29 29. PENOLONG PEGAWAI SAINS C29 30. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29
Tarikh Tutup Permohonan :09 JUN 2020 (SELASA)
*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah
Tentang UKM
Cetusan pertama gagasan perlunya pendidikan tinggi untuk orang Melayu berlaku dalam Mesyuarat Majlis Raja-raja pada 1903. Za’ba, seorang cendekiawan, menulis berkenaan gagasan tersebut dalam akhbar Lembaga Melayu pada 1917. Gerakan pemikiran, perdebatan serta tekad golongan cendekiawan Melayu untuk menubuhkan sebuah universiti dan menggunakan bahasa Melayu, bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar di institusi pengajian tinggi bermula pada 1923 apabila Abdul Kadir Adabi, seorang lagi cendekiawan Melayu mengemukakan memorandum gagasan tersebut kepada DYMM Sultan Kelantan. Namun demikian, pemikiran dan tekad tersebut tidak dapat berkembang dan terlaksana kerana wujudnya berbagai-bagai halangan dan rintangan oleh tekanan kolonialisme.
Mulai 1957 hingga 1967, perjuangan untuk penubuhan universiti kebangsaan menjadi semakin bersemarak sebagai memenuhi tuntutan dan semangat kemerdekaan bangsa dan negara. Sehubungan itu, pada 1968 cendekiawan Melayu telah membentuk sebuah jawatankuasa penaja yang berperanan merancang penubuhan sebuah universiti kebangsaan. Pelbagai forum budaya dan politik diadakan bagi mendapat sokongan kerajaan dan rakyat untuk mewujudkan sebuah institusi pengajian tinggi yang memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam semua bidang pangajian dan keilmuan.
0 Comments