Jawatan Kosong Terkini di Jabatan Penjara Malaysia - 8 November 2020 - JAWATAN KOSONG 2020 | KERJA KOSONG TERKINI | JOB VACANCY

Jawatan Kosong Terkini di Jabatan Penjara Malaysia - 8 November 2020

 Suruhanjaya perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) mencari individu yang berintegriti, memiliki kemahiran interpersonal, daya tahan, komitmen, orientasi sosial serta semangat berpasukan yang tinggi untuk menyertai perkhidmatan awam seperti jawatan di bawah:




Jawatan:


1. PENGUASA PENJARA GRED KA41
73 Kekosongan


Tarikh tutup permohonan sebelum atau pada 08 November 2020 (Ahad) jam 11:59 malam


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah



Jawatan Kosong Terkini 2019 di Jabatan Penjara Malaysia



Sejarah Penubuhan

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia telah ditubuhkan pada 31 Ogos 1957, iaitu bersamaan dengan hari Kemerdekaan Tanah Melayu pada ketika itu. Pada awalnya, semasa penjajahan Inggeris, Perkhidmatan Awam Negeri-Negeri Tanah Bersekutu Melayu ketika itu di bawah pentadbiran Inggeris. Kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 telah dengan sendirinya membentuk pemerintahan baru Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka dan berdaulat. Secara Rasmi, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam telah dibentuk sebagaimana termaktub dalam Perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan:- "Tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang yang ada dan kepada peruntukan Perlembagaan ini, maka adalah menjadi kewajipan sesuatu Suruhanjaya yang dimaksudkan oleh Bahagian ini melantik, mengesahkan, memasukkan ke dalam perjawatan tetap atau perjawatan berpencen, menaikkan pangkat menukar dan menjalankan kawalan tatatertib ke atas anggota-anggota bagi perkhidmatan-perkhidmatan yang diliputi oleh bidang kuasanya.



0 Response to "Jawatan Kosong Terkini di Jabatan Penjara Malaysia - 8 November 2020"

Post a comment