Sila klik Follow dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong Terkini di Majlis Perbandaran Taiping - 18 Nov 2020

Warganegara Malaysia yang berkelayakan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan adalah dipelawa untuk membuat permohonan jawatan seperti berikut. Keutamaan diberi kepada rakyat Negeri Perak Darul Ridzuan.



Jawatan:


1. PENOLONG JURUTERA JA29


2. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN(Lelaki) U29


3. PENOLONG PEGAWAI SENIBINA JA29


4. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29


5. PENOLONG AKAUNTAN W29


6. PEMBANTU KESIHATAN AWAM (Lelaki) U19


7. PEMBANTU KEMAHIRAN (JURUKIMPAL DAN TUKANG KAYU) (Lelaki) H19


8. PEMBANTU PENGUATKUASA (Lelaki) KP19


9. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) W19


10. PEMBANTU TADBIR (P/O) N19


11. PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN W29


12. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT FA29


13. PEMBANTU PENILAIAN W19


Tarikh tutup permohonan : 18 November 2020 (Rabu)


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Like Group FB - Kerja Kosong Terkini [MehKerja]
Join Channel Telegram - Meh Kerja
Latar Belakang Taiping

Bandar Taiping yang bermula sebagai sebuah pekan kecil bijih timah hingga menjadi ibu negeri pertama Perak. Sekarang ia masih tetap unggul dengan ciri-ciri sejarahnya sehingga dikenali sebagai Bandar Warisan. Pada mulanya, Taiping dikenali dengan nama Klian Pauh. Bandar yang hanya bermula dengan penempatan sebilangan orang Melayu telah menarik ramai orang asing ke situ kerana terjumpanya bijih timah yang banyak.

Peristiwa ini berlaku berikutan terjumpanya gajah Long Jaafar yang bernama Larut, berlumuran lumpur yang mengandungi bijih timah. Bersempena nama gajah tersebut, daerah itu dinamakan Larut.

Bandar Taiping yang terletak di Negeri Perak, dahulunya dikenali sebagai Klian Pauh dan telah ditukar kepada Taiping sempena tamatnya Perang Larut pada tahun 1874. Taiping berasal daripada perkataan Cina "Tai-Peng" yang bermaksud aman selamanya.

Dengan termeterainya Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874, Taiping telah menjadi sebuah bandar yang utama di Negeri Perak sebagai pusat pentadbiran British berbanding Bandar Taiping sebagai salah satu bandar yang tertua di Malaysia.

Pada tahun 1874, Lembaga Kebersihan / Kesihatan ditubuhkan bagi mentadbir bandar Taiping, fungsi Lembaga telah bertaraf dan telah digubal sesuai dengan penambah fungsi Bandar Taiping sendiri. Kini, Taiping merupakan bandar yang kedua besar selepas Bandaraya Ipoh.






Previous Post Next Post