Sukan merupakan suatu aspek penting dalam mewujudkan suasana hidup yang harmoni, cergas dan cerdas. Sukan bukan sahaja menjamin kesihatan, malah memupuk semangat kesukanan dan kerjasama di antara ahli pasukan. Selain itu, sukan juga merupakan suatu arena yang mampu meningkatkan imej negara.
Justeru itu, kerajaan telah memberi pengiktirafan terhadap kepentingan sukan di dalam mewujudkan satu masyarakat yang mampu memberi saingan di peringkat antarabangsa. Selaras dengan itu, ianya telah mendorong kepada penubuhan Majlis Sukan Negeri. Majlis Sukan Negeri merupakan satu organisasi sukan utama yang berperanan sebagai tunggak dan nadi penggerak dalam pembangunan sukan berprestij tinggi peringkat negeri. Ia merupakan sebuah organisasi kerajaan yang berperanan utama sebagai perancang menyelaras dan mengawalselia semua aktiviti serta pembangunan sukan di negeri masing-masing.
0 Comments