Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan bertaraf Tetap dan Kontrak di Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan keutamaan kepada Anak Negeri Selangor.
Jawatan Kosong Terkini 2021 di Lembaga Urus Air Selangor (LUAS)
Jawatan:
1. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT (PSH) - 2 Kekosongan
Tarikh Tutup Permohonan : 28 Jun 2021 (Isnin)
*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah
*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah
Like Group FB - Kerja Kosong Terkini [MehKerja]
Join Channel Telegram - Meh Kerja
Latar Belakang
Penubuhan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) bermula daripada arahan Jemaah Menteri pada Julai 1997 yang meminta Kementerian Pertanian, seterusnya Kerajaan Negeri Selangor supaya mengkaji cadangan bagi menubuhkan satu badan untuk menguruskan sungai dan sumber air secara bersepadu dengan mengambil Sungai Selangor sebagai projek perintis dan Sungai “Thames” di United Kingdom sebagai model pelaksana.
Sehubungan dengan itu, penyelarasan peranan dan bidangkuasa antara agensi kerajaan negeri dan persekutuan telah dibuat bagi memastikan tidak wujud sebarang pertindihan fungsi dan tanggungjawab serta melancarkan perjalanan badan ini. Lalu LUAS ditubuhkan melalui kelulusan Dewan Undangan Negeri Selangor yang bersidang pada 9 April 1999. Penubuhan LUAS ini dilengkapi dengan sebuah enakmen iaitu Enakmen Lembaga Urus Air Selangor 1999.