Sila klik Follow dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong Terkini di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) - 30 Jun 2021

Warganegara Malaysia yang berkelayakan, pro-aktif dan komited adalah dipelawa untuk mengisi jawatan-jawatan berikut dalam perkhidmatan awam di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).



Jawatan:


1. PEGAWAI KEBUDAYAAN B41


2. PEGAWAI SAINS C41


3. PEGAWAI BELIA DAN SUKAN S41


4. PEGAWAI PSIKOLOGI S41


5. PEGAWAI PERUBATAN UD43/UD47


6. PEGAWAI PERGIGIAN UG41


7. PENOLONG PEGAWAI SAINS C29


8. JURUTEKNIK KOMPUTER FT19


9. PEMBANTU KESELAMATAN KP19


10. PEMBANTU PUSTAKAWAN S19


11. JURUPULIH PERUBATAN U29


12. PEMBANTU PEMBEDAHAN PERGIGIAN U19


13. PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN U11


Tarikh tutup permohonan : 30 Jun 2021 (Rabu)

Jawatan Kosong Terkini di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
Join Channel Telegram - Meh Kerja
Latar Belakang UniMAP

Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) ditubuhkan sebagai sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) pada 25 Julai 2001. Penubuhan UniMAP bertujuan untuk melahirkan jurutera berkemahiran tinggi dan kompeten bagi memenuhi dan menyokong Pelan Perindustian Negara.

Aktiviti pembangunan kurikulum, pembangunan fizikal dan pengambilan staf bermula selepas perlantikan Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor pada 16 Februari 2002. UniMAP mula beroperasi di kampus sementara di Kubang Gajah, Arau, Perlis pada 2 Mei 2011. Manakala pengambilan pelajar pertama seramai 116 orang bagi sesi akademik 2002/2003 dibuat pada 20 Jun 2002.

UniMAP melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mengikut keperluan akreditasi EAC-BEM untuk menghasilkan jurutera yang berkebolehan dan mampu mengaplikasikan sebarang konsep teori. Program akademik UniMAP adalah berasaskan sekitar 80% pengajaran dalam bentuk teori dan 20% praktikal. Kurikulum yang disediakan telah direkabentuk agar ia setara dengan mana-mana program kejuruteraan yang diiktiraf di dalam dan luar negara.

Kampus tetap UniMAP adalah di Pauh seluas 1050 ekar dan di Sungai Chuchuh seluas 300 ekar dan masih di peringkat pembangunan. Namun terdapat beberapa Jabatan dan Pusat Pengajian yang terlah beroperasi penuh di Kampus Pauh Putra antaranya adalah Jabatan Perpustakaan, Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekatronik, Pusat Pengajian Kejuruteraan Mikroelektronik, Pusat Pengajian Kejuruteraan Pembuatan, Pusat Pengajian Kejuruteraan Komputer & Perhubungan, Pusat Pengajian Kejuruteraan Sistem Elektrik dan Institut Matematik Kejuruteraan.




Previous Post Next Post