Sila klik Follow dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong Terkini di Lembaga Zakat Negeri Kedah - 19 Mac 2022

Lembaga Zakat Kedah dengan ini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk memohon jawatan berikut:-



Jawatan:


1. PENGURUS EKSEKUTIF Z5
Gaji : RM 2400.00 – RM 6000.00


2. EKSEKUTIF Z9 (UKUR BAHAN)
Gaji : RM 1400.00 – RM 5000.00


3. EKSEKUTIF Z9 (TEKNOLOGI MAKLUMAT)
Gaji : RM 1400.00 – RM 5000.00


Tarikh Tutup Permohonan : 19 Mac 2022 (Sabtu)


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Jawatan Kosong Terkini 2022 di Lembaga Zakat Negeri Kedah
Join Channel Telegram - Meh Kerja
Asal Usul Zakat Di Negeri Kedah

Aktiviti zakat di dalam negeri Kedah ini sudah berjalan lebih daripada 60 tahun yakni sebelum wujudnya undang-undang atau enakmen kutipan zakat yang diluluskan oleh kerajaan negeri. Hal ini menunjukkan orang-orang dahulu sudah peka akan kewajipan berzakat yang menjadi salah satu rukun Islam.

Pada awalnya, zakat dikeluarkan mengikut kemahuan sendiri tanpa melibatkan pihak berkuasa iaitu ulil amri yang bertanggungjawab menjalankan kutipan zakat. Bagi mereka yang beriman pada ketika itu, solat dan zakat disempurnakan dengan baik yakni zakat dikeluarkan mengikut kadar yang diwajibkan. Namun, ada dikalangan penduduk pada masa itu turut mengeluarkan zakat tetapi tidak memenuhi tuntutan agama Islam. Zakat yang dikeluarkan pula hanya tertumpu kepada zakat padi semata-mata disebabkan fahaman mereka pada masa itu. Inilah situasi yang berlaku ketika itu. Pendek kata, zakat yang dikeluarkan pada masa itu mengikut tahap keimanan para petani.


Previous Post Next Post