Jawatan Kosong Terkini di Majlis Islam Sarawak [4 April 2022]
March 31, 2022
AGENSIMaklumat jawatan
LOKASISeluruh Malaysia
TARIKH TUTUPRUJUK IKLAN
Baca syarat kelayakan dan maklumat permohonan dengan teliti sebelum menghantar permohonan melalui saluran rasmi.
Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Islam Sarawak
Aktiviti Islamiah telah bermula sekitar kurun ke-16 di kawasan-kawasan pesisir negeri Sarawak. Apabila Sarawak diperintah oleh keluarga Brooke pada tahun 1841, urusan berkaitan dengan Islam telah dikendalikan oleh Datu-Datu yang dilantik oleh kerajaan pada masa itu.
Penubuhan Majlis Islam Sarawak (MIS) adalah lahir daripada idea Majlis Syuyukh al-Islam. Idea penubuhan MIS ini telah dicetuskan oleh Datu Imam Abang Haji Morshidi dan pada masa itu dikenali sebagai Majlis Islam dan Adat Istiadat Melayu Sarawak yang ditubuhkan pada 17 Disember 1954 di bawah Oridinance Majlis Islam Incorporation(Laporan Majlis Islam Sarawak 1983: 1).
Tujuan penubuhan Majlis Islam Sarawak ketika itu adalah untuk mewujudkan sebuah institusi bagi mengawasi perjalanan Mahkamah Melayu yang merupakan anjakan paradigma dalam perundangan Adat Istiadat Melayu dan Agama Islam. Namun, tujuan utamanya adalah untuk meningkatkan keberkesanan dan bidangkuasa Mahkamah Melayu dengan menilai semula Undang-Undang Mahkamah Melayu.
0 Comments