Sila klik Follow dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong Terkini di Majlis Daerah Kuala Krai - 21 April 2022

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia (Keutamaan kepada rakyat Negeri Kelantan) berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan untuk mengisi jawatan berikut;



Jawatan:


1. PENOLONG JURUTERA JA29


2. PENOLONG PEGAWAI UNDANG-UNDANG L29


3. PENOLONG PEGAWAI PENGUATKUASA KP29


4. PEMBANTU PENGUATKUASA KP19


5. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N19


6. PEMANDU KENDERAAN H11


7. PEMBANTU AWAM H11


8. PENGAWAL KESELAMATAN KP11


Tarikh tutup permohonan : 21 April 2022 (Khamis)


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Jawatan Kosong Terkini 2022 di Majlis Daerah Kuala Krai
Join Channel Telegram - Meh Kerja
Latar Belakang

Majlis Daerah Kuala Krai telah ditubuhkan pada 1 Januari 1979 berikutan penyusunan semula Penguasa-Penguasa Tempatan di seluruh Negara dibawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). Penyusunan semula tersebut dibuat bertujuan bagi mewujudkan sistem pentadbiran yang lebih cekap, berkemampuan serta memainkan peranan yang lebih aktif di dalam menentukan hala tuju pembangunan, perancangan dan pelaksanaan pembangunan bandar umumnya.

Majlis Daerah Kuala Krai mempunyai keluasan kawasan seluas 129.49 persegi. Ianya meliputi sebahagian besar Daerah Batu Mengkebang yang mana melibatkan kampung-kampung berikut iaitu Kg. Keroh, Kg. Bukit Sireh, Kg. Batu Jong, Kg. Batu Lada, Kg. Kenor, Kg. Batu Balai, Kg. Gatal, Kg. Tualang, Kg. Bekok, Kg. Pahi, Kg. Telekong, Kg. Kuala Nal dan sebahagian dari Rancangan Kemajuan Tanah KESEDAR iaitu RKT Mengkebang, RKT Temalir dan RKT Sungai Pas. Walau bagaimanapun, kawasan operasi Majlis Daerah Kuala Krai ialah hanya 50km persegi yang meliputi bandar Kuala Krai, Guchil, Kg Bukit Sireh, Pahi dan Tualang.


Previous Post Next Post