Jawatan Kosong Terkini di Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) - 20 April 2022
April 11, 2022
AGENSIMaklumat jawatan
LOKASISeluruh Malaysia
TARIKH TUTUPRUJUK IKLAN
Baca syarat kelayakan dan maklumat permohonan dengan teliti sebelum menghantar permohonan melalui saluran rasmi.
Permohonan adalah dipelawa daripada Warga Daerah Sabak Bernam / Selangor serta berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi jawatan kosong di Majlis Daerah Sabak Bernam
Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) adalah salah sebuah daripada 12 Pihak Bekuasa Tempatan yang terdapat di seluruh Negeri Selangor Darul Ehsan. Pihak Berkuasa Tempatan bagi Daerah Sabak Bernam ini mula dikenali sebagai Majlis Daerah Sabak Bernam sejak tahun 1977. Sebelum MDSB diisytiharkan sebagai sebuah Majlis Daerah, PBT bagi Daerah Sabak Bernam ini dikenali sebagai penguasa tempatan iaitu Majlis Tempatan dan Lembaga Bandaran. Bidang kuasa meliputi kawasan :-
Majlis Tempatan Sekinchan
Majlis Tempatan Sungai Besar
Majlis Tempatan Sungai Air Tawar, Dan
Lembaga Bandaran Sabak Bernam
Fungsi
Memberi dan meningkatkan perkhidmatan perbandaran yang terbaik kepada orang ramai.
Mewujudkan kawasan dan persekitaran perbandaran yang indah, bersih dan menarik.
Mempastikan perancangan bandar dan kawalan pembangunan supaya teratur dan tersusun.
Menyelia dan menyelenggara kemudahan awam dan rekreasi.
Memupuk perpaduan di antara rakyat yang berbilang bangsa disamping mewujudkan masyarakat yang bertanggungjawab dan mempunyai kesedaran sivik.
0 Comments