Jawatan Kosong Terkini di Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) - 11 Ogos 2022
August 06, 2022
AGENSIMaklumat jawatan
LOKASISeluruh Malaysia
TARIKH TUTUPRUJUK IKLAN
Baca syarat kelayakan dan maklumat permohonan dengan teliti sebelum menghantar permohonan melalui saluran rasmi.
Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM)
Keperluan untuk menubuhkan Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) bermula daripada hasil kajian Delft Hydraulics pada tahun 1990. Di dalam laporan kajian tersebut diperakukan penubuhan pusat penyelidikan dengan keupayaan untuk menjalankan kajian simulasi fizikal dan analisa hidrodinamik, proses morfologi dan ekologi serta interaksinya dengan aktiviti manusia. Mesyuarat Jemaah Menteri pada 14 April 1993 telah meluluskan Penubuhan Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) dengan objektif penubuhan seperti berikut:
i. Untuk membangunkan kumpulan pakar dan memberi khidmat penyelidikan yang perlu dalam perancangan, rekabentuk, pembinaan dan pelaksanaan kerja kejuruteraan yang berkaitan dengan pembangunan sumber air secara khusus dan alam sekitar secara amnya; dan
ii. Mewujudkan Pusat Tumpuan Penyelidikan Kebangsaan dalam bidang hidro- persekitaran.
0 Comments