Sila klik Follow dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong Terkini di Majlis Perbandaran Sandakan - 14 November 2022

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Perbandaran Sandakan



Jawatan:


1. PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN, U41


2. PENOLONG PEGAWAI UNDANG-UNDANG, L29


Tarikh tutup permohonan pada 14 November 2022 (Isnin)


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Jawatan Kosong Terkini di Majlis Perbandaran Sandakan

Join Channel Telegram - Meh Kerja
Objektif

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang mula-mula wujud di Sandakan adalah SANDAKAN SANITARY BOARD. Kemudian diganti dengan LEMBAGA BANDARAN SANDAKAN (Sandakan Town Board) yang ditubuhkan pada 16 Disember 1961 iaitu sebaik sahaja berkuatkuasanya Local Government Ordinance, 1961.

Seorang Pegawai Kerja yang dilantik di bawah Seksyen 69, Ordinan berkenaan mengetuai pentadbiran Lembaga ini. Pengerusi Lembaga bukanlah seorang pegawai sepenuh masa Lembaga Bandaran atau Perkhidmatan Awam. Bagaimanapun, selaras dengan pemansuhan jawatan Residen Sandakan pada 1 Januari 1979, jawatan Pengerusi telah diambil alih oleh bekas Residen, seorang pegawai dari Perkhidmatan Awam dengan menggunakan geralaran jawatan "Pesuruhjaya".

MAJLIS PERBANDARAN SANDAKAN telah diwujudkan setelah percantuman Lemabaga Bandaran Sandakan dan Majlis Daerah Luar Bandar pada 1 Januari 1982. Gelaran jawatan "Pesuruhjaya" telah diganti dengan "Presiden" manakala "Pegawai Kerja" menjadi "Setiausaha".

Pada 1 Januari 1984, PEJABAT DAERAH SANDAKAN telah dimansuhkan oleh kerajaan Negeri dan beberapa tugas dan tanggungjawab diambil alih oleh Majlis Perbandaran Sandakan dan bekas Pegawai Daerah menjadi "Timbalan Presiden.




Previous Post Next Post