1. TIMBALAN NAIB CANSELOR
(AKADEMIK DAN ANTARABANGSA)
Syarat Kelayakan:
Kecemerlangan Akademik:
• Memiliki Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dan Berkelayakan Profesional.
• Mempunyai rekod cemerlang dalam penyelidikan, penerbitan jurnal berwasit antarabangsa, inovasi dalam pengajaran dan cemerlang dalam khidmat profesional serta telah dilantik sebagai Profesor.
• Mempunyai pengalaman yang cemerlang dalam menerajui agenda kritikal pengajaran dan pembelajaran dan mahir dalam pembentukan serta pengendalian ko-kurikulum yang seimbang dan bersepadu.
• Mempamerkan kewibawaan dalam inovasi pengajaran dan pembelajaran dan pakar dalam pengendalian Pembelajaran Digital.
• Mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa sebagai pakar dalam bidangnya.
• Mempunyai rekod cemerlang dalam penyeliaan pasca-siswazah (Sarjana dan PhD) dengan jayanya.
Cara Memohon:
Permohonan hendaklah disertakan dengan resume/CV, salinan-salinan Transkrip & Kelayakan Akademik, dan dokumen-dokumen sokongan yang telah disahkan. Permohonan yang lengkap boleh dihantar ke alamat seperti berikut :-
PENGARAH,
JABATAN SUMBER MANUSIA,
UNIVERSITI TENAGA NASIONAL (UNITEN),
JALAN IKRAM-UNITEN
43000 KAJANG, SELANGOR
atau melalui e-mail : hr@uniten.edu.my
0 Comments