1. INTERNATIONAL SENIOR LECTURER
Key Duties and Responsibilities:
Accountable to the Dean of School and performs the scope of duties as a University Lecturer as outlined below:
a) Teach courses in the relevant fields as required by the respective School;
b) Provide students in the relevant field with supervision and consultation;
c) Participate in seminars, workshops and conferences on behalf of the School / University;
d) Conduct research and publication in the related field; and
e) Undertake any other instructions and projects that may be assigned from time to time by the University Management.
Jawatan Pentadbiran:
1. PENGARAH JABATAN PEMBANGUNAN DAN PENYENGGARAAN
Kriteria Pemohon:
Mempunyai sekurang-kurangnya 15 tahun pengalaman dan kelayakan profesional dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Lembaga Jurutera Malaysia (BEM) / Lembaga Arkitek Malaysia (BAM) / Lembaga Jurukur Bahan Malaysia (BQSM) / Institut Arkitek Lanskap Malaysia (ILAM);
Seorang pemimpin yang mempunyai daya pemikiran dan kepimpinan yang tinggi berteraskan pemikiran strategik dan analitikal, serta berpengetahuan luas tentang bidang kejuruteraan khususnya dalam aspek urus tadbir, perancangan dan pengurusan organisasi / projek yang berimpak besar.
Seorang pemimpin yang bermotivasi yang boleh meletakkan hala tuju strategik dan operasi yang jelas, dengan memberi pertimbangan kepada perkara yang penting, berfokus dan berdisiplin dan pemikiran yang berorientasikan outcome;
Mempunyai integriti, etika kerja dan sifat kepimpinan yang tinggi, berorientasikan sikap kerja berkumpulan dengan keupayaan untuk membentuk kerjasama dan memimpin kumpulan ke arah kecemerlangan Universiti;
Rekod prestasi yang terbukti dalam menyelesaikan masalah yang kompleks secara kreatif dan inovatif, dengan membangunkan strategi bersesuaian untuk mencapai sasaran yang diletakkan oleh organisasi;
Memiliki rangkaian kerjasama yang luas dengan semua pihak berkepentingan di dalam bidang yag dipohon, serta menguasai kemahiran interpersonal dan perundingan yang baik dengan keupayaan untuk membangun dan mengekalkan kerjasama dengan semua pemegang taruh; dan
Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik dengan semua pemegang taruh serta berkeupayaan menulis dan bertutur dengan baik di dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
0 Comments