Sila klik Follow dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong Terkini di Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) - 15 Mei 2023

Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dengan ini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk memohon jawatan berikut:-



Jawatan:


1. PENOLONG EKSEKUTIF (GEOPARK)

Kadar Upah:
RM2,200.00 Sebulan


Syarat Lantikan:

Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan


Kelayakan Akademik:

1. Ijazah Sarjana Muda Sains Kepujian dalam bidang Kaji Bumi, Geofizik, Fizik (Geofizik), Kaji Bumi (Geofizik) atau Kimia yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

2. Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran
Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu dalam peperiksaan tersebut.


Deskripsi Tugas Utama:

Merancang dan melaksanakan tugas utama berkaitan warisan geologi Langkawi yang merangkumi penyelidikan secara berterusan bagi memastikan kelestarian sumber selaras dengan konsep pembangunan lestari yang diterima pakai oleh Geopark. Menyelaras dan melaksanakan inisiatif dan program bagi memastikan Langkawi mengekalkan status “green card” bagi Penilaian Semula Status Langkawi UNESCO Global Geopark.  


Tarikh tutup permohonan : 15 Mei 2023 (Isnin)


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Jawatan Kosong Terkini 2023 di Lembaga Pembangunan Langkawi

Follow Sosial Media Kami : Klik Sini

Tentang LADA

Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) ditubuhkan oleh Kerajaan Persekutuan untuk merancang dan menggalakkkan serta melaksanakan pembangunan di Pulau Langkawi. LADA dengan rasminya ditubuhkan pada 15 Mac 1990 di bawah Akta Lembaga Pembangunan Langkawi 1990 (Akta 423) dan diletakkan di bawah Kementerian Kewangan.

Visi
Menjadi agensi peneraju untuk pembangunan Langkawi sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia

Misi
Menggerakkan pelaksanaan pembangunan industri pelancongan Langkawi yang memberi manfaat kepada masyarakat, negeri dan negara melalui perancangan yang strategik serta urus tadbir yang berkesan



Previous Post Next Post