Sila klik Follow dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong Terkini di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis - 19 Mei 2023

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis dengan ini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk memohon jawatan berikut:-



Jawatan:


1. JURUTEKNIK KOMPUTER - SETARA GRED : GRED 19
Contract For Services


a) Jawatan : Juruteknik Komputer
b) Setara Gred : Gred 19
c) Jabatan : Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis
d) Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
e) Klasifikasi Perkhidmatan : Sistem Maklumat


2. Jadual Gaji : RM1,377.00 dan Elaun Khas


Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

i. Warganegara Malaysia;

ii. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

iii. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan

iv. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Syarat-syarat Tambahan Lantikan:

i. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki sijil dalam bidang TEKNOLOGI MAKLUMAT atau PEMPROSESAN DATA yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Kolej Komuniti Tempatan / Politeknik Tempatan / Kolej-Kolej Swasta (IPTS) atau kelulusan setaraf denganya; ATAU

ii. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki sijil dalam bidang KEJURUTERAAN KOMPUTER yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Kolej Komuniti Tempatan / Politeknik Tempatan / Kolej-Kolej Swasta (IPTS) atau kelulusan setaraf denganya.


5. Taraf Jawatan : Kontrak (Contract For Service)


6. Penaklukan Di Bawah Syarat-syarat

Kontrak selama satu (1) tahun seperti mana yang telah dipersetujui di dalam perjanjian kontrak dan tertakluk kepada keputusan Kerajaan Negeri bagi penyambungan kontrak.


7. Deskripsi Tugas:

Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas adalah seperti berikut :

i. Melaksanakan tugas-tugas merangkumi penyelenggaraan sistem komputer seperti penyelenggaraan pencegahan dan penyelenggaraan kelengkapan ICT serta tugas-tugas penyelenggaraan aplikasi pengkomputeran dan operasi sistem di jabatan.

ii. Membantu mengenal pasti dan menyelesaikan masalah berkaitan dengan perkakasan, rangkaian, sistem pengoperasian dan perisian komputer di jabatan.

iii. Melakukan pemeriksaan terhadap perkakasan Sistem iSPEKS di Data Centre (DC) dan Data Recovery Centre (DRC) Negeri secara berkala.

iv. Membantu mengawal selia kerja-kerja penyelenggaraan perkakasan ICT dan Sistem iSPEKS oleh pihak vendor.

v. Membantu memastikan semua kakitangan di jabatan mematuhi garis panduan (DKICT) dan tatacara penggunaan komputer.

vi. Membantu memastikan kawalan akses, keselamatan dan persekitaran di bilik server dan rangkaian jabatan dipatuhi dan berada di tahap yang memuaskan.

vii. Melakukan kerka-kerja baik pulih dan penyelenggaraan komputer yang rosak, proses backup dan replikasi maklumat serta bebas virus.


Sebelum atau pada 19 Mei 2023 (Jumaat) sebelum jam 5.00 petang


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Jawatan Kosong Terkini 2022 di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis MEHkerja-2022

Follow Sosial Media Kami : Klik Sini

Sejarah Pejabat SUK Perlis

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis telah ditubuhkan pada tahun 1938, pada era kolonial Inggeris di Tanah Melayu. Ketika itu ia dikenali sebagai Pejabat British yang bertanggungjawab untuk mengendalikan hal ehwal Pentadbiran Kolonial British di Negeri Perlis. Anak Melayu pertama yang telah dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis ialah Yang Berhormat Tuan Osman bin Talib yang berkhidmat pada 1 Febuari 1948 hingga 19 November 1949.

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis merupakan jentera terpenting di bawah Kerajaan Negeri yang dipertanggungjawabkan untuk menjalankan urusan pentadbiran dan pembangunan Negeri Perlis, bagi membawa kemakmuran kepada rakyat keseluruhannya dan menyumbang kepada usaha pembangunan negara.

Struktur pentadbiran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Bahagian Pengurusan dan Pembangunan. Bahagian Pengurusan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis melaksanakan tugas-tugas pentadbiran dan keurusetiaan melalui Pejabat Menteri Besar, Pejabat Dewan Undangan Negeri, Bahagian Khidmat Pengurusan, Bahagian Sumber Manusia, Unit Perhubungan Korporat, Unit Protokol dan Majlis Sukan Negeri. Manakala Bahagian Pembangunan melaksanakan tugas-tugas perancangan dan pelaksanaan melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri, Unit Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Unit Pentadbiran Daerah dan Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat.


Previous Post Next Post