Syarat Kelayakan Minimum:
1. Warganegara Malaysia;
2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan;
3. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
i. Mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti dalam bidang fotografi dan/atau kamera filem serta berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan; atau
ii. Mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti serta memiliki Kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau
iii. Mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti serta memiliki Kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya ; atau
iv. Mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti serta memiliki Kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya ; dan
v. Calon yang memiliki kelayakan di perenggan 3(ii), 3(iii) dan 3(iv) hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Cara Mohon:
Calon-calon yang berminat dan memenuhi kelayakan sila kemukakan permohonan beserta RESUME lengkap dengan salinan sijil-sijil yang berkaitan.
Catatan Am:
1. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temu duga.
2. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan daripada tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
3. Peluang kerjaya dalam Perkhidmatan Awam Negeri Pahang, dipelawa kepada Warganegara Malaysia khususnya warga Negeri Pahang yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kontrak ini.
Sila kemukakan permohonan kepada:
Unit Pembangunan Organisasi,
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,
Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang,
Tingkat 2, Blok B, Wisma Sri Pahang,
25503 KUANTAN
atau emel ke: pobpsm@pahang.gov.my
0 Comments